I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday 29 July 2011

bayi dibuang diselamatkan

Hukuman Mati Untuk Buang Bayi. Setuju?

by STAFF BERITA SEMASA on AUGUST 13, 2010
4887377018 4fc7320bd9 Hukuman Mati Untuk Buang Bayi. Setuju?
Bagus cadangan yang dibuat oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui menterinya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil supaya sesiapa terlibat dalam jenayah buang bayi akan dijatuhkan hukuman matimandatori. Kami memang bersetuju….anda? Lagipun dah semakin nazak dah masalah sosial sekarang. Ikutkan daripada dahulu lagi sudah patut pun dilaksanakan hukuman ini. Satu permulaan yang baik untuk kesedaran generasi akan datang.
KUALA LUMPUR – Kabinet mengarahkan supaya mana-mana individuyang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut KanunKeseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh. Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi di bawah Seksyen 302 kanun tersebutyang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.
Selain itu, mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau menyebabkan kematian di bawah kanun yang sama. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk SeriShahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, penguatkuasaan siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu mendapat persetujuan JemaahMenteri. Menurutnya, penguatkuasaan mengikut seksyen tersebut membuktikan kerajaan serius mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa.
“Saya telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk SeriHishammuddin Tun Hussein supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM)menjalankan penyiasatan kes pembunuhan bayi mengikut Kanun Keseksaan. “Kementerian juga akan menerima pakai penukaran perkataan ‘buangbayi’ kepada ‘pembunuhan bayi’. Ini amaran keras bahawa bayi bukannyadilahirkan untuk dibunuh sesuka hati,” katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan program Penyerahan Bantuan KhasPerbendaharaan dengan nilai bantuan RM2,657,010 kepada 59 pertubuhanbukan kerajaan (NGO) di kementeriannya di sini hari ini.
Shahrizat berkata, pihaknya juga akan meminta PDRM menggunakan kaedah ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kepada kes-kes tertentu supaya ibu dan bapa kepada bayi yang tidak berdosa dihadapkan ke mahkamah.
Menurutnya, ujian DNA ini penting supaya lelaki yang tidakbertanggungjawab sehingga menyebabkan berlakunya kes hamil luar nikah tidak akan dibiarkan lepas tetapi akan turut didakwa. Beliau percaya dengan hukuman lebih keras ini dapat mengatasi gejala pembuangan bayi yang sehingga hari ini mencecah 60 kes.
Tambah beliau, sebelum ini kementerian hanya menggunakan pendekatan kebajikan yang mana ia selari dengan matlamatnya termasuk menangani isupembuangan bayi. “Selama enam bulan ini, kementerian melaksanakan pelbagai program termasuk ke institusi pengajian tinggi awam dan swasta untuk mendidik mahasiswa supaya bersama menangani gejala yang makin meruncing ini,”katanya. Terdahulu dalam ucapannya, Shahrizat meminta kerjasama NGO yang menerima bantuan kewangan supaya tidak lupa meletakkan logo dan nama kementerian yang telah membantu menjayakan program mereka.
4886773447 94734cddd2 Hukuman Mati Untuk Buang Bayi. Setuju?
Upgrade your PC and office today. See more offers here.
Tetapi biarlah dalam keadaan terbukti bayi tersebut sudah mati ketika ditemui untuk dijatuhkan hukuman mati mandatori terhadap mereka yang terbabit. Dan jika bayi tersebut masih hidup, mereka dihukum penjara + sebatan dan khidmat masyarakat. Hukuman seperti jika dilaksanakan nanti akan memberikan satu peringatan keras kepada pelaku supaya berfikir sebelum melakukan perbuatan terkutuk ini. Walaubagaimanapun, langkah-langkah pencegahan perlu juga dilakukan. Pengajaran kepada si pelaku pun tiada gunanya kerana mereka-mereka ini bakal menghitung hari untuk menemui ajal, mungkin baik di sini daripada segi peluang untuk mereka bertaubat tetapi yang paling penting adalah pengajaran kepada masyarakat di luar sana agar tidak melakukan perbuatan yang sama.
Dan lebih bagus lagi hukuman mati ini dilaksanakan di khalayak ramai
Yang tak sanggup tengok, tak perlu datang untuk melihatnya. Walaubagaimanapun pasti ada yang akan datang  untuk menyaksikan hukuman ini dijalankan. Golongan inilah yang  bersama-sama mendakwah masyarakat di luar supaya elakkan perbuatan terkutuk seperti ini. Itu sebabnya kalau merangkumi semua aspek hukumannya mengikut jenayah yang dibuat, hukuman hudud yang dilihat cukup sempurna. Tak payah pening-pening nak fikir untuk selesaikan. Cukup ramuannya.  Cuma terpulang kepada kerajaan samada nak laksanakan atau tidak…..Tetapi  ia bukan bermakna kes buang bayi akan selesai, masalah dan kes pasti akan datang. Sebab ia hukuman yang dibuat oleh manusia merujuk kepada hukuman yang ditetapkan oleh kerajaan sekarang ini. Lihat hukuman gantung yang dibuat ke atas pengedar dadah. Ada mereka kisah? Pengedar tetap bersilih ganti, penagih makin banyak.
Apabila kita ikut perintah Allah, disamping hukuman, Allah akan bantu dalam bentuk perubahan kehendak setiap manusia.
Bagaimana pula perempuan yang dirogol? Adalah tidak adil bukan mereka dihukum sebegini? Jawapannya, walaupun mereka-mereka ini merupakan mangsa rogol dan mereka ini golongan yang teraniaya, tidak bermakna mereka boleh bertindak sendirian dan sesuka hati sehingga sanggup buang bayi tersebut. Dirogol sekalipun, mereka tiada hak dan mempunyai tiket nak cabut nyawa bayi yang tidak berdosa ini. Mengapa
Sebab apabila melibatkan kes rogol ini, ada hole sebenarnya kerana terdapat perempuan yang melakukan seks bebas yang buat laporan polis selepas SETAHUN DIROGOL OLEH PASANGANNYA. Asalnya suka sama suka pun, akhirnya di katanya DIROGOL!!!
  • Kalau ada rezeki dalam musim haji dan umrah, boleh menyaksikan hukuman pancung di khalayak ramai, terutama di Madinah, di hadapan perkuburan Baqi’
  • Begitu juga kalau di Jeddah, di Masjid Qisas, selepas solat jumaat, kalau ada rezeki boleh menyaksikannya.
PENCEGAHAN SANGAT PENTING. Masalah sebenarnya bukan peringkat buang bayi selepas bersalin. Puncanya di mana? Hukuman mati baik untuk dilaksanakan tetapi MESTI DIKHALAYAK RAMAI. Kalau buat di penjara (kawasan tertutup), percayalah peratusan kesedaran masih lagi rendah.
  • Yang lebih penting nak sedarkan pasangan supaya tidak melakukan seks bebas.
  • Yang jadi masalah, bila ramai “tidak sedar diri” akibat beromen terutamanya golongan bawah umur
  • Mereka hanya tahu sedap sahaja, tetapi ramai yang lupa terus akibatnya selepas itu……termasuk menyebabkan pasangan masing-masing mengandung
  • Budak lelaki yang sangat-sangat mentah tak ambil kisah pun sebenarnya, yang mereka tahu keseronokan
  • Budak-budak perempuan yang tengah gatal ini sebenarnya tak tahu pun waktu subur mereka, apatah lagi nak tanya jantan pasal waktu subur pasangan masing-masing!
  • Yang mereka tahu “buat” dan tinggal. Implikasinya tak dihiraukan langsung. Buat pula tak kisah di mana-mana, apabila nafsu menguasai diri.
  • Jadi apa yang perlu dilakukan untuk golongan seperti ini yang sedang “hidup dalam dunia” mereka sendiri? Apa pendekatan yang kita hendak ambil?
  • Dahulu dengan sekarang lain. Dahulu tiada rangsangan luar yang rosak. Sekarang?
  • Renung-renungkanlah……..

No comments:

Post a Comment